Maklumat Kanser

Mengenali Barah Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.  Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel?  Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu. Apabila kadar penghasilan … Continue reading »

Maklumat Kanser

Kanser Payudara – Fakta & Statistik

(diperbaharui Jun 2014) Pandangan menyeluruh Hampir semua orang mengenali seseorang atau tahu mengenai seseorang yang menghidap kanser payudara: Seorang ibu, kakak atau adik, nenek, makcik, rakan sekerja, kawan, jiran atau kadangkala (walaupun cukup jarang) seorang ayah atau abang.  Pada 2012, terdapat 1.7juta wanita dilaporkan menghidap kanser payudara dengan 522,000 kematian akibat kanser payudara di seluruh … Continue reading »

Maklumat Kanser

Apakah yang saya faham mengenai faktor risiko kanser payudara?

Faktor risiko adalah suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung. Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara. Secara ringkas, … Continue reading »

Maklumat Kanser

Faktor-Faktor Risiko Kanser Payudara

Penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar. Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara? Faktor-faktor risiko yang … Continue reading »

Maklumat Kanser

Adakah terdapatnya pemeriksaan darah untuk pengesanan awal penghidapan penyakit barah payudara?

CA153  Kebanyakan daripada kaum wanita sering menanyakan soalan ini.  Soalan mereka ialah samada pemeriksaan serta ujian keatas darah mereka akan dapat menentukan samada mereka menghidap penyakit barah payudara ataupun tidak.  Biarpun CA153 ini adalah sebahagian daripada ujian pakej pemeriksaan darah, namun CA153 bukanlah cara serta kaedah pengesanan yang berkesan. Ia sekadar dapat mengenalpasti hanya sekadar … Continue reading »

Maklumat Kanser

Kanser Payudara dan Pemakanan

Oleh Mageswary Lapchmanan, Pakar Pemakanan Pendahuluan Kanser payudara telah menjadi satu penyakit yang tidak mengenal batasan, miskin, kaya, tua, muda turut diancam. Pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institute telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan. Kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor … Continue reading »

Maklumat Kanser

Bagaimana saya tahu saya ada kanser payudara?

Bagi ramai wanita, kanser payudara dikesan sebagai satu ketumbuhan yang tidak sakit. Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang lain yang harus diketahui. Untuk mereka yang dikesan pada tahap yang awal sekali, iaitu daripada pemeriksaan mammogram, tiada tanda ataupun simptom payudara. (Sila klik untuk melihat keterangan dan gambar gambar dalam rencana Tanda tanda kanser payudara, esei bergambar ) … Continue reading »

Maklumat Kanser

Tanda-tanda Kanser Payudara – Bagaimana Rupanya? – Essei Bergambar

Oleh Dr Evelyn Ho Gambar-gambar ehsan dari Dr Ernest Yeoh Terdapat banyak cadangan dan permintaan untuk gambar-gambar yang memaparkan tanda-tanda kanser payudara. Rencana bergambar ini menunjukkan tanda-tanda yang jelas mengenai kanser payudara. Kebanyakan tanda-tanda ini diperingkat yang lewat di mana tanda-tanda yang didapati lebih ketara. Kita sepatutnya lebih peka terhadap tanda-tanda awal sebelum ianya sampai … Continue reading »

Maklumat Kanser

Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara

Sehinggalah waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut. Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). … Continue reading »

Maklumat Kanser

Pengambilan terapi hormon gantian dan risiko kanser payudara

Terapi hormon gentian (THG) atau ‘hormone replacement therapy’ atau ‘HRT’ telah menjadi perhatian semula berikutan lapuran dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) pada tahun 2002. Kajian ‘ Women’s health initiative trial (WHI)’ telah mempertimbangkan risiko dan manfaat terhadap wanita putus haid yang sihat yang telah mengambil terapi hormon gantian selama purata 5.2 tahun. Kajian ini … Continue reading »