Rawatan Kanser Payudara

Rawatan untuk kanser payudara

Matlamat utama rawatan adalah pemeliharaan kesihatan, merawat and mencegah penyakit. Rawatan termasuk pembedahan, rawatan radiasi, rawatan hormon dan kemoterapi. Perlu diingati bahawa pengesanan awal kanser payudara bererti rawatan lebih berkesan dan mungkin boleh dipermudahkan dan pembedahan konservatif boleh dijalani. Pembedahan konservatif adalah merujuk kepada pembuangan sebahagian daripada payudara sahaja, iaitu, bahagian di mana kanser berada. … Continue reading »

Rawatan Kanser Payudara

Rawatan Kanser Payudara secara Bukan Pembedahan Mengikut Perspektif Pakar Onkologi Klinikal

Oleh: Dr Mohd Ibrahim Abdul Wahid, Pakar Onkologi Klinikal dan Radioterapi, 2003 Kanser payudara adalah antara masalah kesihatan yang paling biasa di kalangan wanita di Malaysia. Di Malaysia kekerapannya separuh daripada bilangan kes yang terdapat di  United Kingdom atau Amerika Syarikat yang menghadapi kes kanser payudara yang semakin meningkat. Kanser payudara adalah antara punca maut … Continue reading »

Rawatan Kanser Payudara

Mengenai kemoterapi dan terapi radiasi bagi kanser payudara di Malaysia

Oleh: Dr Mohd Ibrahim Abdul Wahid, Pakar Onkologi Klinikal /Ahli Radioterapi Adakah kita mempunyai cukup pusat rawatan kanser untuk mengendalikan kanser di Malaysia? Masih tidak. Hanya terdapat lebih kurang 64 pakar onkoloji di Malaysia (2012). Kita memerlukan sekurang-kurangnya 100 pakar onkologi untuk keperluan Malaysia. Adakah pusat perubatan kanser kami mempunyai peralatan yang lengkap? Kebanyakan pusat … Continue reading »

Rawatan Kanser Payudara

Perancangan Radioterapi Dan Rawatan Kanser Payudara

Oleh Ms Adeline Lim Adeline Lim ialah seorang perawat radiasi di Jabatan Radiation Oncology, RAH Cancer Centre, Royal Adelaide Hospital, Australia Selatan. Atas permintaaan Kolej Radiologi Malaysia, beliau telah cuba menerangkan misteri radioterapi dan pada masa yang sama berkongsi pengalaman beliau dalam rawatan kanser payudara. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kapada beliau dan Hospital … Continue reading »

Rawatan Kanser Payudara

Mengenali Pembinaan Semula Payudara

Kemungkinan pembinaan semula payudara (breast reconstruction) patut didendangkan kepada para pesakit sekiranya mereka terpaksa menjalani pembedahan untuk membuangkan keseluruhan ataupun sebahagian besar bahagian payudaranya.  Aspek pembinaan semula payudara selalunya dipertimbangkan setelah pelan pembedahan serta rawatan terapi “adjunct” seperti kemoterapi serta radiasi telah dibincangkan. Mengambil langkah membina semula payudara pastinya merupakan langkah terbaik serta anugerah kepada … Continue reading »

Rawatan Kanser Payudara

Perkara yang anda selalu ingin tahu mengenai pembinaan semula payudara dan implan silikon

oleh Dr Eileen Fong, Pakar Pembedahan Plastik Bagaimanakah pembinaan semula payudara dijalankan? Membina semula payudara melibatkan penggunaan tisu dari abdomen, belakang atau punggung. Jenis pembinaan semula bergantung pada pesakit mempunyai tisu yang lebih daripada yang diperlukan di badannya untuk mengisi ‘ruang’ payudara yang hilang serta betapa sedianya pesakit menerima parut di bahagian badan tisu itu … Continue reading »

Rawatan Kanser Payudara

Apakah pilihan selain membina semula payu dara?

Jika anda membuat pilihan untuk tidak menjalankan pembinaan semula payudara secara pembedahan, terdapat coli khas, bahan pengisi, prostesis silikon luar, yang membantu anda mencapai keseimbangan. Ada juga setengah yang dapat digunakan semasa berenang. Ini semua sekarang didapati di Malaysia. Beberapa contoh terpapar di bawah. Mereka dalam pelbagai bentuk dan saiz dan kebanyakan diperbuat daripada silikon. … Continue reading »

Rawatan Kanser Payudara

Pemakanan dan Kanser Payudara

Oleh Mageswary Lapchmanan, Pakar Pemakanan  Pemakanan pencegah Selepas pengesahan dilakukan, adalah penting untuk  menghalang penyebaran kanser primer. Setiap hari makan banyak bahan-bahan antioxidant. Ini termasuk vtamin C, E karotenoid termasuk ‘lycopen’ dan faktor biologik yang terdapat dalam kacang, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buah. Kurangkan lemak  kepada 20-25% jumlah kalori, makan lebih karbohidrat, kurangkan gula dan makan … Continue reading »

Rawatan Kanser Payudara

Isu Saikoloji & Emosi: Bagaimanakah Harus Saya Menangani Kanser Payudara?

Bagaimanakah harus saya menghadapinya?  Ini adalah persoalan yang harus dijawab oleh seseorang individu yang menghidapi kanser payudara.  Seseorang yang menghidap penyakit ini pastinya terpaksa berhadapan dengan krisis pada beberapa peringkat menangani penyakit tersebut. Pertamanya ialah apabila dimaklumkan bahawa mereka mengalami penyakit tersebut, kemudiannya sewaktu memulakan siri rawatan.  Mereka juga akan menghadapi saat-saat yang memilukan apabila … Continue reading »

Rawatan Kanser Payudara

Rawatan Susulan Selepas Mengalami Kanser Payudara

Pemeriksaan susulan secara kerap adalah amat penting serta perlu diberikan perhatian oleh para pesakit barah.  Ini adalah untuk mengenal pasti serta melalui pemeriksaan samada ianya berulang kembali ataupun tidak.  Sekiranya seseorang pesakit itu mengalami permasalahan seperti rasa kesakitan, batuk, kurang berselera untuk makan, berat badan yang kian menyusut, sakit kepala serta kepeningan, mereka haruslah mengambil … Continue reading »